NOTIS PRIVASI

Kami , Rumah Undercon mengambil berat akan Privasi dan Data Peribadi anda secara serius. Kami amat menghargai anda sebagai pembaca dan tetamu kami. Privasi anda amat penting kepada kami dan kami mengharapkan anda berasa selesa menjadi pelawat laman ini. Kami komited dalam memastikan privasi anda terpelihara dan akan memastikan kami tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda tanpa kebenaran.

Oleh yang demikian, kami telah membangunkan satu Polisi Privasi yang menyelia cara Rumah Undercon mengambil, memproses, mengguna, mendedahkan, memindahkan dan menyimpan Data Peribadi anda. Kami memohon anda untuk meneliti Polisi ini bagi memahami hak-hak anda dalam perkara ini.

Pengambilan dan Penggunaan Data Peribadi oleh Rumah Undercon

Data Peribadi anda ialah maklumat yang berkaitan secara langsung dan secara tidak langsung dengan anda yang telah dikenalpasti atau boleh dikenalpasti melalui maklumat tersebut atau sebarang maklumat yang lain.

Jenis-Jenis Data Peribadi

Apabila anda berkomunikasi dengan Rumah Undercon, kami boleh mengambil pelbagai Data Peribadi melalui sumber-sumber yang berikut:-

  1. Borang pendaftaran manual; atau
  2. Borang pendaftaran dalam talian.

Data Peribadi adalah termasuk:-

  1. Nama;
  2. Nombor kad pengenalan /pasport;
  3. Kewarganegaraan;
  4. Tarikh lahir;
  5. Jantina;
  6. Bangsa;
  7. Status Perkahwinan;
  8. Alamat pengeposan;
  9. Pekerjaan dan butir-butir Majikan;
  10. Nombor Telefon;
  11. Alamat Emel;
  12. Tangga gaji;
  13. Cara yang ingin dihubungi; dan
  14. Maklumat kad kredit atau akaun bank.

Senarai Data Peribadi yang tersebut di atas adalah tidak sepenuhnya dan ia boleh juga termasuk data peribadi yang lain bergantung kepada jenis-jenis komunikasi dan transaksi.

Kegunaan Data Peribadi

Tertakluk kepada had penggunaan Data Peribadi anda, Rumah Undercon boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk perkara-perkara yang berikut:-

  1. Anda adalah dengan ini memberi kebenaran untuk pemberian Data Peribadi anda bagi maksud untuk melengkapkan transaksi atau jika tidak ia mungkin menjejaskan proses transaksi. bagi maksud untuk melengkapkan transaksi; dan/atau
  2. Rumah Undercon boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk memastikan anda sentiasa diberitahu berkenaan pengumuman-pengumuman produk terkini atau program-program terbaru Rumah Undercon . Sekiranya anda tidak berhasrat untuk berada di dalam senarai surat- menyurat kami, sila maklumkan Rumah Undercon dalam bentuk bertulis; dan/atau;
  3. Dari masa ke semasa, Rumah Undercon boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar notis-notis penting, emel-emel, surat-surat, khidmat pesanan ringkas atau atau apa-apa komunikasi berkenaan pembelian-pembelian atau perubahan – perubahan berkenaan terma-terma, syarat-syarat dan polisi-polisi Rumah Undercon . Disebabkan maklumat sedemikian adalah penting kepada transaksi anda bersama Rumah Undercon , anda adalah dinasihatkan untuk tidak memilih untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi yang sedemikian

Perlindungan Data Peribadi

Rumah Undercon mengambil langkah-langkah perlindungan yang perlu, baik dari segi pentadbiran dan teknikal untuk menjaga Data Peribadi anda dari kehilangan, kecurian, salahguna dan akses, pendedahan, penggunaan, perubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan.

Rumah Undercon tidak menjual atau memberi sewa sebarang maklumat peribadi yang telah anda berikan kepada pihak-pihak lain.

Simpanan, Kemaskini, Pembetulan dan Had Data Peribadi

Rumah Undercon akan berusaha untuk menjadi pemudah cara untuk anda dalam memastikan maklumat anda tepat, lengkap dan terkini. Kami akan menyimpan data peribadi anda dalam tempoh yang perlu untuk kegunaan-kegunaan yang telah disenaraikan di dalam Polisi Privasi ini melainkan tempoh yang lebih lama dibenarkan atau diwajibkan oleh undang-undang.

Anda berhak memaklumkan Rumah Undercon untuk mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat dan tidak benar, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permohonan bertulis kepada alamat yang tertera di bawah.

Sekiranya anda tidak berhasrat untuk nama dan butir-butir hubungan anda digunakan Rumah Undercon untuk kegunaan penhantaran maklumat pemasaran atau tidak mahu dihubungi oleh Rumah Undercon untuk jualan dan promosi apa-apa produk, sila maklumkan kepada kami dengan menulis kepada alamat di bawah:

Rumah Undercon
Email : admin@rumahundercon.com